AMANAT DARI PRESIDEN MTB FRIM

One Team...One Mind...One Direction !!!
Jangan macam macam bro...

Selamat datang ke Blog FRIM MTB TEAM

Welcome...

Tuesday, January 4, 2011

New Year 2011 Nite Ride

Kayuhan malam ambang tahun baru 2011 telah diadakan di Trek FRIM seperti tahun2 lepas. Kayuhan malam ini disertai oleh 13 pengayuh ternama termasuk pengayuh jemputan dari UTM Skudai. 3 rider student UTM ini telah melepaskan geram dari pagi jumaat sampai pagi sabtu! Manakala rider FRIM terdiri dari Cif Zayn, Bro Alem, Bro Azam, Bro Pian, Bro Botak, Bro Boy, Bro Pau, Bro Firdaus dan Bro Sampan. Kayuhan bermula jam 10.30 mlm menyelusuri Jalan Kg.Jawa naik Rover Trek Masjid ke Paip biru terus memanjat Steroid melalui Bkt Putus dan menikmati Percikan bunga api sekitar KLCC, Dataran Merdeka dan sedikit pandangan sebelah kanan di Damansara the Curve kot...Kayuhan kemudian menuruni bukit terus ke Toilet KBG kerana ada sorang rider hendak membuang isiperut tahun 2010 ke dalam tandas! Untuk 2011 kena mulakan yg baru katanya...seterusnya menikmati makan malam direstoran Najath. Kayuhan diakhiri sekitar jam 2.15 pagi.

No comments:

Followers

Facebook Badge