AMANAT DARI PRESIDEN MTB FRIM

One Team...One Mind...One Direction !!!
Jangan macam macam bro...

Selamat datang ke Blog FRIM MTB TEAM

Welcome...

Monday, January 10, 2011

Bukit Fraser Climbing 8th Jan 2011

Satu trip kayuhan memanjat bukit faser telah diaturkan oleh geng2 Chengkau team pada sabtu 8 Jan 2011. Wakil dari dari FRIM MTB Team ialah Dr.K, Shamsul Herman & Sampan. Perjalanan dari Kepong ke KKB mengambil masa hampir sejam, bertemu geng2 Chengkau di pekan KKB, bersiap2 dan terus ke Sg Chiling utk park kereta.Kayuhan dimulakan jam 9.32 pagi. Seramai 29 pengayuh tegar telah memulakan dgn penuh semangat. Sampai di GAP jam sebelas pagi, selepas gate dibuka, kayuhan diteruskan ke puncak Fraser Hill yang memakan masa lebih kurang 50 minit kayuhan. Sampai jam 12 tghr terus bergambar di jam besar. Kemudian terus mencari cafe untuk menggalas perut yg dah mula berkeroncong. Sambil menunggu rakan2 lain sampai, tanggungjawab dilaksanakan disebelah cafe, Masjid Sultan Mahmud. Alhamdulillah setelah semua selamat sampai, gate dibuka jam 4.00ptg, perjalanan turun dimulakan. sampai satu selekoh tajam sebelum GAP, Mr.Lam telah terjatuh kerana kelajuan jarum meter bike nya melebihi meter! Tayar belakangnya tercabut! Nasib Mr.Lam pakai safety guard lengkap...pastu Mr.Lam menjadi penunggang berhemah, x duk depan lagi dah...Sampai di parking kereta jam 5 ptg, siap2 terus cabuttt...da...

Tuesday, January 4, 2011

New Year 2011 Nite Ride

Kayuhan malam ambang tahun baru 2011 telah diadakan di Trek FRIM seperti tahun2 lepas. Kayuhan malam ini disertai oleh 13 pengayuh ternama termasuk pengayuh jemputan dari UTM Skudai. 3 rider student UTM ini telah melepaskan geram dari pagi jumaat sampai pagi sabtu! Manakala rider FRIM terdiri dari Cif Zayn, Bro Alem, Bro Azam, Bro Pian, Bro Botak, Bro Boy, Bro Pau, Bro Firdaus dan Bro Sampan. Kayuhan bermula jam 10.30 mlm menyelusuri Jalan Kg.Jawa naik Rover Trek Masjid ke Paip biru terus memanjat Steroid melalui Bkt Putus dan menikmati Percikan bunga api sekitar KLCC, Dataran Merdeka dan sedikit pandangan sebelah kanan di Damansara the Curve kot...Kayuhan kemudian menuruni bukit terus ke Toilet KBG kerana ada sorang rider hendak membuang isiperut tahun 2010 ke dalam tandas! Untuk 2011 kena mulakan yg baru katanya...seterusnya menikmati makan malam direstoran Najath. Kayuhan diakhiri sekitar jam 2.15 pagi.

Monday, December 20, 2010

Putrajaya Cycling Hunt 19 Dec 2010

Pagi ini seawal jam 6.30 pg semua riders telah berkumpul utk bergerak ke Putrajaya presint 18 bagi menyertai Cycling Treasure Hunt. Suatu pendedahan baru. Selepas mendaftarkan diri sebanyak RM20 sepasukan dimana pasukan2 terdiri daripada, 1. Alem n Aris 2. Firdaus n Epol 3. Azam n Pyan 4. Cif Zayn n Majid. Pelepasan bermula jam 9 pg masing2 telah mencari arah yang dirasakan betul. menyelinap ke seluruh lokasi putrajaya, team cif zayn telah menamatkan acara pada jam 12.10 pg & mendapat tempat ketiga kategori terbuka. Alhamdulillah.

Thursday, December 16, 2010

Kayuhan Kayuh Lasak Jamboree Penang 12-12-2010

Alhamdulillah FRIM MTB TEAM kesemua dapat menghabiskan kayuhan sebelum jam 2 petang. Kayuhan bermula kurang lebih 7.45 pagi. Lebih kurang 1150 rider telah menyertai. Cabaran utama adalah bukit bendera setinggi 600m. Namun semua dapat diatasi dgn berbekalkan sedikit latihan sebelum ini. Thanks too Cikgu rusli, Yieyie, Aris, Alem, Zayn & Majid. See you next year!

Tuesday, December 7, 2010

Kayuhan Pre-Kayuh Lasak II (7 Dis 2010)

Hari ini adalah Tahun Baru Hijrah 1430H. Kayuhan hari ini disertai oleh ketegaran riders iaitu Cif zayn, Aris, Alem, Azam & Sampan Power. Kayuhan bermula diwakaf sekolah membawa ke bukit bujang naik Trek Taman Bidara turun balik masuk dream trail keluar paip biru. menyelusuri rover track naik ke trek syabas, terus ke pacat trail. Sambung naik steroid ikut 'clockwise' terus pusing bukit putus naik helipad. Nak gerak turun baru la group Adam family sampai (Ezlynn). Salam2 terus DH. Masuk kiara teknikal trail ke kebun buncit turun golf masuk Aromatica trail. Sinngah minum kat Kak Ros cif belanja.

Kayuhan Pre-Kayuh Lasak I (4 Dis 2010)

Kayuhan bersama chief zayn, Botak & Bro Alem bermula di wakaf sekolah naik bkt bujang masuk dream trail keluar rover track terus ke paip biru melalui kem perah. Panjat Steroid naik helipad. Downhill bro Allen 'mendapat' setelah lama rindu DH steroidhill tu...nasib calar jer bro, penangan brake XTR baru la tu...kayuhan ditamatkan awal kerana ada kenduri anak Pakya (Mastura) hari ni.

Plentong EPIC Ride 28 Nov 2010

Kayuhan Jamboree 60K bersama Aris the Ironman dan Amir Afiq. Permulaan agak lewat iaitu jam 8.20 pagi peserta lebih kurang 700 ++ riders. Trek yang enak dapat 4 bintang! Habis lebih kurang 1.20 tghr cramps tetap menjadi penghalang. Tunggu lucky draw sampai 5.30 ptg, macam biasa takde luck!

Wednesday, November 24, 2010

Aktiviti Membersih & Memanjangkan Trek Sentang

Aktiviti ini dijalankan pada 21 Nov 2010 Sabtu bersama rakan2 MTB seperti Bro alem, Bro Pian & Bro Botak. Kami dibantu oleh pemotong rumput professional Mr.Kumar. Kerja pembersihan dimulakan jam 9 pg berakhir 12 tghr. Pemanjangan trek lebih kurang 200m telah dilakukan dgn jayanya.

Tuesday, November 16, 2010

Ride Petang bersama chief Zayn

Petang 15 November 2010 berkayuh bersama chief dalam cuaca angin kuat, hujan sekejap2! Hari ini traffic light keluar dari FRIM tak tukar warna hijau, so jam dari bangunan admin bawa ke luar! Di rover trek camp perah bawa ke bukit hari kontraktor telah bersihkan longkang, cun!
Bike : chief - Santacruz blur xc , sampan - giant xtc

Monday, November 15, 2010

Kayuhan ECC Burung Hantu Nite Ride

Kayuhan Burung Hantu pada 31 Okt 2010
telah disertai oleh :
1. Chief Zayn
2. Bro Alem
3. Azam
4. Epol
5. Pyan
6. Aris the Ironman
7. Cikgu Rusli
8. Yiyi
9. En. Azmi
10. Mat Pau
11. Daniel
12. Apiez Molok
13. Boy
14. Sharol
15. Amat Sabri
16. Sampan

Followers

Facebook Badge