AMANAT DARI PRESIDEN MTB FRIM

One Team...One Mind...One Direction !!!
Jangan macam macam bro...

Selamat datang ke Blog FRIM MTB TEAM

Welcome...

Sunday, January 31, 2010

Kayuhan Hujung Minggu 31/01/2010

Pagi ini 3 bikers telah beradu tenaga membuat rondaan kawasan. Berbekalkan semangat Talas masing2, Traser, Kokak & Sampan telah menojang single trek hingga ke rover trek. Kawasan laluan rover trek dah macam pasar malam!! Ada group bikers lawan flow lalulintas la pulak...macam2 ada. Nojang diteruskan hingga ke paip biru dimana terjumpa group peter membacakan stamina riders2 sambil mengambil masa kayuhan rider2. Chip ari ni ilang konsentrasi akibat tragedi di paip biru itu hahahha...terus panjat steroid & helipad. kokak merasa sungguh bangga sebab dpt panjat dgn selamber jer. Selepas menyedut udara segar dipuncak bukit hari, nojangan downhill ala2 UCI punya trek memang mendapat pujian Bro Kokak a.k.a bekas Downhiller M'sia. Sungguh teknikal dan perlu dilayan penuh seni dan kemanjaan. Seperti biasa apa yg keluar perlu dimasukkan balik....banyak peluh2 menitis tadi kami gantikan dgn 100plus di restoran najath. Thanks bro kokak belanja minum...

Saturday, January 30, 2010

Recce Trek Baru FRIM session (ii) 30/01/2010

Session (II) ni melibatkan hardcore2 seperti tak lain tak bukan Bro Chip a.k.a Traser, Bro Alem a.k.a Perintis, Aris the Ironman dan Sampan. Trip kali ni bermula dari herbarium membawa ke laluan umah Dr.K masuk ke trail bukit bujang terus ke simpang K. Memasuki single trail turun ke rover trek terus memanjat tangki air syabas. Perjalanan memasuki Trail baru iaitu trail hevea, masih merandok lagi...kena pantas kata ironman sebab pacat membeli belah. Sampai trail head di Trail Khaya turun terus ke paip biru. Naik plot parah naik steroid pusing bukit putus naik helipad jumpa trail lama turun switchback mantap!! abis ride dekat jam 2 ptg, minum kat kedai mamak sebelah kedai pura...sumer2 berapa kilo chip?

Pendaftaran RUN10 oleh FRIM MTB TEAM 29/01/2010

RIDERS LIST RIDE UP NORTH 14 MAC 2010 ULU PAUH PERLIS

793 MOHD ZAIN MAZLAN Male FRIM MTB TEAM KEPONG L Confirmed

792 ABDUL HALIM TALHA Male FRIM MTB TEAM KEPONG L Confirmed

788 SUFIAN HAMSAN Male FRIM MTB TEAM KEPONG XXL Confirmed

787 MOHD ASWAD RAMLAN Male FRIM MTB TEAM KEPONG XL Confirmed

786 A. ROSLEE RADZALI Male FRIM MTB TEAM KEPONG XL Confirmed

785 DR. MOHD KHAIRUN ANWAR UYUP Male FRIM MTB TEAM KEPONG XL Confirmed

784 JALALI SALLEH Male FRIM MTB TEAM KEPONG L Confirmed

783 MOHD ZAKI ABDULLAH Male FRIM MTB TEAM KEPONG L Confirmed

782 MOHD ARIF ABDULLAH Male FRIM MTB TEAM KEPONG L Confirmed CIMB

781 HAZEMI HAMIDI Male FRIM MTB TEAM KEPONG L Confirmed CIMB

780 ABD MAJID JALIL Male FRIM MTB TEAM KEPONG L Confirmed

xxx MUHAMMAD AELE SHAFRI RUSLI FRIM MTB TEAM TAIPING L Confirmed

xxx RUSLI HJ.TAHIR FRIM MTB TEAM TAIPING L Confirmed

Menikmati Trail Kemensah Guide by Bro Jimmy 24/01/2010

Trip pagi ni atas inisiatif Bro Jimmy & Aris the Ironman. Mereka mengidamkan trail kemensah berbulan2 lamanya...Sampan dan Chip telah menyertai mereka. Setelah berjumpa depan zoo, bike masing disetting cun selepas dibukak2 sumbat dalam itu sampan!! Bro Jimmy telah memiliki Thule yang baru!! Setakat 3 bijik bike no hal katanya...Perjalanan dimula melalui kg kemensah. Masuk kolam ikan, photo session!! Gambar bila nak bagi chip?? pastu pendakian bermula, mantap gak...downhill pun best gak, jumpa 2 bikers ajak dorang ikut kami cari jalan tembus laluan tepi lombong, tak jumpa!! Member kena panjat balik dan terus balik...hahhahaha, chip pun tak dapat pujuk. Setelah melalui rimba buluh, satu pendakian menojang maut telah ditemui oleh GPS Bro Jimmy, lepak pekena gathorade ironman. Perjalanan diteruskan jumpa bebudak Melawati bersuka ria ditengah panas terik!! Kami teruskan perjalanan dan downhill dan downhill enak2...Singgah kedai makcik kg kemensah minum2...Bila balik ada plak mamat tunggu kat park keta mintak 4 hinggit satu keta, Thanks Bro Jimmy & Ironman aris tolong settlekan...Balik singgah kedai kelapa aris the ironman.

Recce Trek Baru FRIM session (i) 23/01/2010

Sesi ini telah disertai oleh rider2 mangkau FRIM MTB TEAM iaitu tak lain tak bukan chip kita, Bro Traser, Bro Alem, Bro J, Dr.K, Bro Botak dan Sampan. Bro Alem telah meng'set'kan GPS nya walau sesekali terlupa nak on-off. Laluan yang di recce bermula Stesen tangki air Syabas - merandok semak samun, bro J terkezut nampak sarong kain batik "member" kita. Akhirnya bersambung semula dengan trek getah para kebun orang asli. Kawasan ni tempat pacat membeli belah (Pasar pacat)!! Laluan ini telah dinamakan "Hevea Trail" sempena nama pokok getah da...Trail in telah menghubungkan dengan "Trail Khaya". Syok? lazat....tapi kena cuci sikit lagi berjumpa kita di sesi (ii).

Tuesday, January 19, 2010

Kayuhan Petang Bersama Cif, Bro Kokak & Bro Aris the Ironman 18/01/2010

Kayuhan petang ini tergendala di KL view berhampiran Paip biru sebab kilat sabung menyabung, langit gelap dan sebelah PJ dah hujan nampaknya...kami berpatah balik naik tangki air syabas terus ke trek bukit lagong, not bad!!
Boleh propose trek jamboree nih. Turun ikut rover trek keluar masjid dan kayuhan finish where it's starts...huh!!

Sunday, January 17, 2010

Traser Nojang Bersama Mat Pau 17/01/2010

17/01/010 8:45pagi traser nojang ngan mat pau,laluan start pi bkt bujang,dream trail,rover trek ,kem perah,paip biru,kebun acasia patah pinggang,bkt hari roung the world(semak ya'amat)naik puncak,turun steroid turun single trail kbg,downhill golf,trail 501,n single trail umah yong..11.30 minum kat kafe..sambung lagi naik bkt bujang kasi pusing last trail ke umah dr Kay,singgah jap dapat minum air oren sambil makan buah langsat,,tQ brodoc dan balik bkt baru sesume 25km tapii friends,,kaki mtb punye ramai mcm ada kanival belonggok kat paip biru,simpang tiga atas..sesak betui..pastu tu di kafe frim bike pon takda tempat nak park,,tak kita nafikan trail kita memang betui2 holioo(sedap)hahahaha!!!

Editor
Traser
a.k.a Chief

Kayuhan Cuci Single Trek (Phase I) 16/01/2010 Sabtu

Pagi ni satu kayuhan santai sambil mencuci single trek (phase I) telah dilaksanakan dengan jayanya oleh bikers2 berikut (clap 4 them):
Chief Zain, Bro kokak, Bro Aris, Bro jimmy, Bro Rosli, Bro Pian, Bro Fio, Bro Alem dan Sampan. Setelah beberapa ketika single trek dibiarkan beberapa halangan telah dibersihkan, ini telah menambahkan nikmat apabila tuan2 ride disini nanti. Dalam kesibukan kenduri kendara disana sini, sempat juga saki baki riders yg terjal panjat itu helipad (Salem high Country). Mohon minggu depan sesiapa ada kelapangan dapat nojang lagi nak clear KL view trek (phase II) pulak...okla lu jangan macam2 bro!!

Thursday, January 14, 2010

Kayuhan Petang Bersama Cif,Bro J & Bro Kokak 13/1/2010

Kayuhan petang ni telah menemukan pasangan Adik Abang (lenkali kena tanya nama diorang)di Kem Perah. Sampai di Steroid Hill Cif kena sound oleh joggers..."sini pun ada polis ka?" tak tau apa maksud dia. Hanya Cif dan Uncle jogging tu yg tau...
Kayuhan yang dicemari bunyi sepasang Hub Hope bersulam rim DT swiss telah membuatkan Bro J mencari2 buku ASB nya malam tadi.
Thanks to Chip belanja minum Tambah Seratus (100 plus).
Ciao

Tuesday, January 12, 2010

Everyday ride

Setiap petang tunggu disimpang masjid@jalan jelutong
jam 5.45pm - 6.00pm naik rover trek...
lepas tu kalau lambat boleh kayuh laju2 jumpa di paip biru hahhaha...
naik steroid (wajib 1 round)jgn lupa singgah plot farah...
kalau ada event nak masuk kena tambah seksa naik itu helipad la...

Monday, January 11, 2010

Selamat Datang ke Blog FRIM MTB TEAM

Semoga kita dapat menyimpan kenangan ride kita dalam blog ini.

Followers

Facebook Badge