AMANAT DARI PRESIDEN MTB FRIM

One Team...One Mind...One Direction !!!
Jangan macam macam bro...

Selamat datang ke Blog FRIM MTB TEAM

Welcome...

Monday, January 10, 2011

Bukit Fraser Climbing 8th Jan 2011

Satu trip kayuhan memanjat bukit faser telah diaturkan oleh geng2 Chengkau team pada sabtu 8 Jan 2011. Wakil dari dari FRIM MTB Team ialah Dr.K, Shamsul Herman & Sampan. Perjalanan dari Kepong ke KKB mengambil masa hampir sejam, bertemu geng2 Chengkau di pekan KKB, bersiap2 dan terus ke Sg Chiling utk park kereta.Kayuhan dimulakan jam 9.32 pagi. Seramai 29 pengayuh tegar telah memulakan dgn penuh semangat. Sampai di GAP jam sebelas pagi, selepas gate dibuka, kayuhan diteruskan ke puncak Fraser Hill yang memakan masa lebih kurang 50 minit kayuhan. Sampai jam 12 tghr terus bergambar di jam besar. Kemudian terus mencari cafe untuk menggalas perut yg dah mula berkeroncong. Sambil menunggu rakan2 lain sampai, tanggungjawab dilaksanakan disebelah cafe, Masjid Sultan Mahmud. Alhamdulillah setelah semua selamat sampai, gate dibuka jam 4.00ptg, perjalanan turun dimulakan. sampai satu selekoh tajam sebelum GAP, Mr.Lam telah terjatuh kerana kelajuan jarum meter bike nya melebihi meter! Tayar belakangnya tercabut! Nasib Mr.Lam pakai safety guard lengkap...pastu Mr.Lam menjadi penunggang berhemah, x duk depan lagi dah...Sampai di parking kereta jam 5 ptg, siap2 terus cabuttt...da...

Tuesday, January 4, 2011

New Year 2011 Nite Ride

Kayuhan malam ambang tahun baru 2011 telah diadakan di Trek FRIM seperti tahun2 lepas. Kayuhan malam ini disertai oleh 13 pengayuh ternama termasuk pengayuh jemputan dari UTM Skudai. 3 rider student UTM ini telah melepaskan geram dari pagi jumaat sampai pagi sabtu! Manakala rider FRIM terdiri dari Cif Zayn, Bro Alem, Bro Azam, Bro Pian, Bro Botak, Bro Boy, Bro Pau, Bro Firdaus dan Bro Sampan. Kayuhan bermula jam 10.30 mlm menyelusuri Jalan Kg.Jawa naik Rover Trek Masjid ke Paip biru terus memanjat Steroid melalui Bkt Putus dan menikmati Percikan bunga api sekitar KLCC, Dataran Merdeka dan sedikit pandangan sebelah kanan di Damansara the Curve kot...Kayuhan kemudian menuruni bukit terus ke Toilet KBG kerana ada sorang rider hendak membuang isiperut tahun 2010 ke dalam tandas! Untuk 2011 kena mulakan yg baru katanya...seterusnya menikmati makan malam direstoran Najath. Kayuhan diakhiri sekitar jam 2.15 pagi.

Followers

Facebook Badge